1 research outputs found

    Gabungan Peta Pemikiran I-Think dan Aplokasi Quizizz Dalam PDPR [Combination of I-Think Thinking Map and Quizizz Application in PDPR]

    Get PDF
    Ez i-Think merupakan satu teknik pengajaran yang menggabungkan peta pemikiran i-Think dengan aplikasi Quizizz dan Google Classroom. Pembelajaran Abad ke-21 amat menekankan teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menggunakan teknologi digital. Selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dalam Gelombang ketiga iaitu meningkatkan inovasi dalam kalangan guru, maka ez i-Think menjadi idea kepada penggunaan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran secara online mahupun offline. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif jenis tinjauan. Data dianalisis daripada sampel soal selidik yang diadaptasi daripada Davis F.D (1989). Sampel kajian terdiri daripada 41 orang murid Tingkatan Dua di SM Sains Sultan Mahmud yang dipilih secara rawak daripada jumlah populasi seramai 112 orang. Analisis deskriptif yang digunakan ialah peratus, min dan sisihan piawai. Manakala analisis inferensi menggunakan ujian-T. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kebolehgunaan dan kemudahgunaan terhadap pelaksanaan ez i-Think adalah berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini juga mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan dalam kebolehgunaan dan kemudahgunaan dari aspek jantina. Hasil kajian ini dapat menjadi panduan kepada pihak sekolah dan KPM untuk meningkatkan penggunaan peta pemikiran i-Think agar seiring dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Ez i-Think is a teaching technique that combines i-Think mind maps with Quizizz and Google Classroom applications. 21st Century Learning places great emphasis on teaching and learning techniques that use digital technology. In line with the intention of the Malaysian Education Development Plan in the third wave, which is to increase innovation among teachers, ez i-Think is an idea for the use of i-Think mind maps in online and offline teaching and learning. The design of this study uses a survey method type quantitative approach. Data were analyzed from a sample of questionnaires adapted from Davis. The study sample consisted of 41 Form Two students at SM Sains Sultan Mahmud who were randomly selected from a total population of 112 people. The descriptive analyzes used were percentage, mean and standard deviation. Whereas inferential analysis using T-test. The findings show that the level of usability and usability of the implementation of ez i-Think is at a high level. The study also found that there were no significant differences in usability and usability from the aspect of gender. The results of this study can be a guide to schools and MOE to increase the use of i-Think mind maps in line with the aspirations of the Malaysian Education Development Plan 2013-2025.Ez i-Think merupakan satu teknik pengajaran yang menggabungkan peta pemikiran i-Think dengan aplikasi Quizizz dan Google Classroom. Pembelajaran Abad ke 21 amat menekankan teknik pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi digital. Selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dalam Gelombang ketiga iaitu meningkatkan inovasi dalam kalangan guru, maka ez i-Think menjadi idea kepada penggunaan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran secara online mahupun offline. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif jenis kaedah tinjauan. Data dianalisis daripada sampel soal selidik yang diadaptasi daripada Davis. Sampel kajian terdiri daripada 41 orang murid Tingkatan Dua di SM Sains Sultan Mahmud yang dipilih secara rawak daripada jumlah populasi seramai 112 orang. Analisis deskriptif yang digunakan ialah peratus, min dan sisihan piawai. Manakala analisis inferensi menggunakan ujian-T. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kebolehgunaan dan kemudahgunaan terhadap pelaksanaan ez i-Think adalah berada di tahap yang tinggi. Kajian ini juga mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan dalam kebolehgunaan dan kemudahgunaan dari aspek jantina. Hasil kajian ini dapat menjadi panduan kepada pihak sekolah dan KPM untuk meningkatkan penggunaan peta pemikiran i-Think agar seiring dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
    corecore